EJEN PELEPAS ACUAN BERASASKAN MINYAK
Penerangan
PENTENS MO-10 ialah ejen pelepas acuan berasaskan minyak yang diformulasi khas menggunakan campuran bahan kimia berkualiti tinggi dan memberikan prestasi yang lebih baik berbanding minyak acuan konvensional. PENTENS MO-10 membentuk lapisan penghalang kalis air yang membolehkan konkrit ditanggalkan dengan mudah daripada acuan logam, terutamanya dalam industri konkrit pratuang dan pengeluaran jubin bumbung. Ia bertindak secara kimia dengan permukaan acuan konkrit untuk menghalang lekatan konkrit pada acuan keluli, aluminium, papan lapis atau komposit.
Kegunaan
-
Memudahkan kerja penanggalan acuan keluli dan acuan G.R.P.
-
Sesuai digunakan dalam industri konkrit pra-tuang
-
Slip forming
-
Struktur keluli
-
Kerja asas dan pembinaan bawah tanah seperti ruangan bawah tanah (basement) dan tapak asas bangunan
Kelebihan
-
Mesra alam sekitar
-
Hasil permukaan konkrit yang berkualiti dan licin tanpa kesan kotoran
-
Tahan haus
-
Selamat digunakan
-
Mewujudkan lapisan penghalang kalis air
-
Melindungi acuan keluli daripada kakisan
-
Mengurangkan keperluan pembersihan pada permukaan acuan
Warna
-
Cecair berwarna ambar
Pembungkusan
-
18 liter / tong
-
210 liter / dram